Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.
Hahaha, terbaiklah! Pasni sumer entry gambar2, ko buat la cenggini. Terasa macam baca sokabar kat Hogwarts. XD
ReplyDeletewhoahh awesome! :D
ReplyDeletehahah..NICE! asal ko xletak smpai gmba jatuh berdebuk..hahah..thanx khai! ^0^
ReplyDelete@aman wan - thanks dude!apa kata lepas ni ko try buat short filem punya stop motion.yay! :D
ReplyDelete@myesarah halim - thanks mye! :D
@zati mazlan - hahaha.sori oh,aritu aku tak sempat snap sampai ko jatuh tergolek kt bawah tu.haha