Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

misi suci

Seperti yang dijanjikan, tepat setengah jam selepas subuh, arnab tiba di lokasi yang dijanjikan. Bagi seekor arnab yang agak gampang angkuhnya, hari ini adalah hari yang sangat besar baginya. Lebih besar lagi dari ceramah politik yang disepanjang jalan masuknya penuh dengan gerai-gerai mencual cd ceramah politik dan agama. Tidak kurang jugak makcik gayah yang mengambil kesempatan menjual laksanya yang kini kian dikenali ramai. Lepas matahari mula melazerkan pancarannya, kura-kura pon sampai. Mungkin wiridnya sedikit panjang. Ambil berkat jumaat agaknya. Arnab yang lama menunggu, memuncungkan mulutnya. Rasa hendak bagi penampar kura-kura pendam erat di dalam hati.  Tak lama kemudian perlumbaan pun dimulakan. Penjaga garisan hari itu iaitu sang semut, melepaskan tembakan di udara. Baru setapak kura-kura melangkah, arnab telah pon berada di hadapan sebanyak lima tiang. Kura-kura senyum tidak menunjukan gigi oleh kerana beliau menanggalkan gigi palsunya untuk mengurangkan berat supaya ger

ipoh mali talak sombong

Pada suatu hari yang hening, unggas-unggas berkicauan, pagad (nama timangan hampir comel) ajak aku pergi Ipoh. Nak tengok hoki katanya. Seingat aku Malaysia lawan Australia. Aku yang macam bosan-bosan pon layan. Boleh jugak pergi jalan-jalan. Dipendekkan cerita, pagi hari apa ntah, aku, pagad dan kamal ceo pon bergerak menyelusuri lebuh raya utara selatan atau nama popularnya plus. Pergi naik kereta berjenama mercedes kamal ni rasa hensem dia lain macam. Sampai je dekat ipoh kami terus cari rumah mira (member studiomate aku). Untung-untung dapat sarapan free. Cari rumah mira ni satu hal jugak dia punya mencabar. Aku asal Kedah, pagad asal Grik, kamal pulak asal Meru kot. Memang marveles. Tapi lepas guna firasat dan kemudahan teknologi telefon,sampai jugak dekat rumah mira. Hari tu memang untung sebab memang dapat sarapan kat rumah mira. Duit lebih tu boleh jugak aku buat beli deodoran. Masa datang tu keluarga dia ada. Mak mira ni baik orangnya. Aku sampai menitis air mata sebab terha

main ketam-ketam

Dah nama pon blog,mesti ada cerita-cerita sekali ye tak. Takkan la penuh gambar je memanjang. Baik aku bukak galeri kat depan rumah. Masuk pakai tiket. Awek-awek aku bagi masuk free. hehe. Kali ni aku nak stori pasal pengalaman aku bermain ketam masa pergi langkawi dua tahun lepas. Jangan risau,ni bukan pasal mengetam kayu mahu pon ketuk ketampi. Ustaz Zurin masa sekolah menengah aku dulu je suka suruh ketuk ketampi kalau bangun subuh lambat. Apa gila suruh orang ketuk ketampi seratus kali lepas baru bangun tidur? Kalau yang jenis lembik lutut tu memang pergi mandi sambil merangkak lepas tu. Nasib baik aku dulu petang-petang main bola.seratus kali tu buat sebelah kaki je. hehe. Woi,kejadah aku merepek ni? Berbalik kepada isu bermain ketam ni,petang tu masa lepas pergi pulau-pulau sekitar langkawi dan buat kuak lentang sket dan berenang stail ikan jaws (tangan luar permukaan air menyamar jadi sirip)  lebih kurang, aku dan kenkawan pergi ke pusat bebas cukai untuk beli buah tangan secu

kugiran separuh masa

Ini sangat nolstagia. Banyak benda aku lalui dengan depa ni. Dari lepak-lepak main gitar (aku tengok je dan tumpang melalak) kat kelas lepas makan malam kt dewan tunggu maghrib sampai la kongsi duit ramai-ramai beli gitar dan lepas dua hari kena rampas dengan ustaz syamsuri masa kat sekolah menengah dulu. Aku sekarang pon tak reti-reti lagi main gitar. Dari start main lagu ACAB (masa tu skinhead tengah up), green day, nirvana, butterfingger sampai la sekarang main lagu metal dan pelangi petang. Dan yang paling penting depa men muzik bukan sebab nak jadi indie.

penjelajahan utara - 2009

Akhirnya, aku menerima suntikan semangat kejadah untuk apdet blog ni lepas berbulan. Ok. Gambau kt bawah ni gambar yang memang time tu camera bau kedai lagi. Serius. Kena pulak lepas tu aku ada trip ngan bebudak u aku. Memang niat time tu nak aim awek je sambil terkebil-kebil cari setting. hehe. Trip tu melibatkan 3 buah negeri utara semenanjung malaysia. Walaupon aku orang utara, aku buat muka farid kamil je. Lagipon usha awek ngan membe-membe ni lain feel dia.ha ha. Ah,melalut dah. Papepon gambar awek aku je boleh tengok.