Skip to main content

kugiran separuh masa

Ini sangat nolstagia. Banyak benda aku lalui dengan depa ni. Dari lepak-lepak main gitar (aku tengok je dan tumpang melalak) kat kelas lepas makan malam kt dewan tunggu maghrib sampai la kongsi duit ramai-ramai beli gitar dan lepas dua hari kena rampas dengan ustaz syamsuri masa kat sekolah menengah dulu. Aku sekarang pon tak reti-reti lagi main gitar. Dari start main lagu ACAB (masa tu skinhead tengah up), green day, nirvana, butterfingger sampai la sekarang main lagu metal dan pelangi petang. Dan yang paling penting depa men muzik bukan sebab nak jadi indie.



Terdiri daripada lima anak muda bergetah, zubet anak baharon (gitaris), razin cucu ismail (gitaris), pian,juga cucu ismail (basis), ajim anak pak rahim (drummer), dan aku selaku perosak lagu. Dulu ajim tu selalu aku tengok prektis pakai hanger ketok-ketok bantal kat katil asrama. Nak up sket dia pakai baldi. Nama band ni menurut zubet ialah Cocise. Tiada tambahan 'the' ok. Tanya beliau pa dia maksud Cocise tu. Band ni mempunyai rekod yang sangat gemilang iaitu belum pernah beraksi di gig,konsert jom heboh apatah lagi kenduri kawen. Main suka-suka je ni.

Panjang lak intro. Sebenarnya aku aku nak cerita pasal gambar kt bawah ni.so, ini adalah gambar yg aku abadikan bila ntah. Gambar ni aku ingat ambik dekat sche chan kat Sg. Petani kot. Sudah merepek. Kali ni kita kasi versi hitam putih sket.


ini pian.sudah berpunya dan mempunyai badan yang katang.
ini zubet.juga sudah berpunya.merupakan seorang tuan kucing yang
amat menyayangi  kucingnya.

ini ajim. hanya beliau seorang sahaja yang bekerjaya tetap. 


ini razin.seorang penggemar chow kuey teow tegar.



gambar aku?tak payah.

Comments

Popular posts from this blog

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.