Skip to main content

misi suci

Seperti yang dijanjikan, tepat setengah jam selepas subuh, arnab tiba di lokasi yang dijanjikan. Bagi seekor arnab yang agak gampang angkuhnya, hari ini adalah hari yang sangat besar baginya. Lebih besar lagi dari ceramah politik yang disepanjang jalan masuknya penuh dengan gerai-gerai mencual cd ceramah politik dan agama. Tidak kurang jugak makcik gayah yang mengambil kesempatan menjual laksanya yang kini kian dikenali ramai. Lepas matahari mula melazerkan pancarannya, kura-kura pon sampai. Mungkin wiridnya sedikit panjang. Ambil berkat jumaat agaknya. Arnab yang lama menunggu, memuncungkan mulutnya. Rasa hendak bagi penampar kura-kura pendam erat di dalam hati. 

Tak lama kemudian perlumbaan pun dimulakan. Penjaga garisan hari itu iaitu sang semut, melepaskan tembakan di udara. Baru setapak kura-kura melangkah, arnab telah pon berada di hadapan sebanyak lima tiang. Kura-kura senyum tidak menunjukan gigi oleh kerana beliau menanggalkan gigi palsunya untuk mengurangkan berat supaya gerakannya sedikit pantas. Adalah dua saat lebih pantas. Sang arnab yang berada didepan menoleh dan meletakkan tangannya di ubun-ubun rambut tepat di antara kedua telinganya yang menegak ala-ala pemain golf. Nampaknya kura-kura kelihatan sangat sayup-sayup mata memandang orang kata. Sang semut si penjaga garisan lagi la tak payah cerita. 

Arnab kemudiannya ambil keputusan untuk berehat sebentar. Akibat kebosanan menunggu kura-kura sampai, arnab terfikir untuk bershuffle. Arnab bingkas bangun lalu memulakan gerakan. Makin lama makin pantas. Sambil bershuffle beliau selang-selikan dengan tarian zapin. Ketika tengah bershuffle, arnab bersiul-siul lagu cindai nyanyian siti nurhaliza. Baru je nak masuk verse kedua lagu cindai tu, aku tiba-tiba dari belakang datang  membuat bentesan keras tepat di kepala lutut kiri arnab. Tiada kad merah dikenakan disebabkan tiada pengadil di situ. Oleh kerana arnab masih lagi meneruskan lagu cindai tersebut, aku letak bola di tanah lalu bergerak ke belakang sebanyak lima langkah. aku cekak pinggang ala-ala encik latif, pengetua Akademi Futsal Pukul 6 Petang-petang Tempat Biasa (AFP6PTB), lalu terus bergerak laju melepaskan rembatan tepat  ke kepala lutut kanan arnab pula. Mulut arnab berbuih.

Bola yang aku rembat tadi bergolek-golek lalu ditahan oleh seseorang. Rupa-rupanya kura-kura sudah pun sampai di lokasi kejadian. Lama beliau perhatikan aku rupanya. Sambil tersenyum tanpa gigi, kura-kura membuat hantaran lambung kembali kepada aku. Kura-kura meneruskan perlumbaan. Dengar cerita beliau menang perlumbaan  tersebut selepas sampai di garisan penamat ketika masuk waktu maghrib. Tak lama selepas beberapa hari kemudian, aku dapat tawaran dari kura-kura masuk team penyelamat yang dikenali sebagai wonderpet. Aku tolak sebab kena paksa makan daun saderi. Sekarang ni aku dengar dah masuk tv dah kura-kura ni. Menyesal aku tolak tawaran beliau dulu.

Sebelum aku merepek lagi jauh,baik aku berhenti. Asalnya aku nak cerita pasal gambar hari sukan sekolah, apahal pulak keluar cerita pasal arnab?sebagai cover, aku letak satu gambar ni. 

encik kura-kura

Comments

Popular posts from this blog

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.