Skip to main content

Lapar

Ada satu hari tu, aku lapar. Macam la hari lain tak lapar kan. Entah apa-apa jugak intro cerita aku ni. Jadi aku pun nak beli makanan.

Depan rumah aku ni ada deretan kedai jual macam-macam makanan. Dari makanan yang diimport daripada luar negara seperti tomyam, membawa kepada makanan tempatan seperti nasi bujang.

Jadi seperti kebanyakan orang yang lapar dan bujang, aku pergi beli makanan masa balik dari kerja tu. Dari jauh aku nampak kelibat seorang pakcik yang tengah mengibas lalat dengan penuh kharisma. Dalam hati aku berteriak yakin bahawa ini lah kedai yang paling tepat untuk aku pilih.

Sampai di depan kedai tu sambil mengukir senyuman, aku perhatikan satu persatu lauk yang ada. Oleh kerana, tengahari tadi aku tak ada selera dan makan biasa-biasa, jadi aku ada bajet lebih sikit sekurang-kurangnya seketol ayam atau pun kombinasi telur dadar dan dua ketul bergedil ayam untuk makan malam.

Dalam pemerhatian aku terhadap lauk-pauk dengan teliti tadi, rasa berdosa pulak kalau tak pilih lauk ayam masak kicap. Melihat kepada kuahnya yang tak pekat, tapi tak pula terlalu cair, dengan lapisan minyak yang nampak sesekali bersilau terkena cahaya matahari, air liur keluar lebih sedikit melepasi bibir tetapi sempat ditarik balik masuk ke dalam mulut.

"Adik nak nasi lauk ke ni?"

Tanya pakcik tu dengan kawalan suara yang baik. Aku angguk walaupun memang ada nasi berlauk sahaja yang dijual di situ.

"Nak lauk yang mana dik?"

Tanya pakcik tu memulakan sesi penjualan. Dengan pantas aku tunjuk ke arah seketul ayam kicap yang aku kira kalau dia berada dalam keadaan ayamnya yang masih hidup, pasti tersenyum bangga kerana pilihan tepat yang aku buat.

Selesai pakcik tu bungkus nasi dan aku menghulurkan bayaran, dia ajukan satu lagi soalan penutup.

"Adik ni kerja kontrak kat tapak pembinaan kat depan sana ke?"

Aku pun dengan ringkas menjawab.

"Iya bener pak."

Lalu pakcik tu pun tersenyum puas.

Comments

Popular posts from this blog

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.