Skip to main content

main ketam-ketam

Dah nama pon blog,mesti ada cerita-cerita sekali ye tak. Takkan la penuh gambar je memanjang. Baik aku bukak galeri kat depan rumah. Masuk pakai tiket. Awek-awek aku bagi masuk free. hehe. Kali ni aku nak stori pasal pengalaman aku bermain ketam masa pergi langkawi dua tahun lepas. Jangan risau,ni bukan pasal mengetam kayu mahu pon ketuk ketampi. Ustaz Zurin masa sekolah menengah aku dulu je suka suruh ketuk ketampi kalau bangun subuh lambat. Apa gila suruh orang ketuk ketampi seratus kali lepas baru bangun tidur? Kalau yang jenis lembik lutut tu memang pergi mandi sambil merangkak lepas tu. Nasib baik aku dulu petang-petang main bola.seratus kali tu buat sebelah kaki je. hehe. Woi,kejadah aku merepek ni?

Berbalik kepada isu bermain ketam ni,petang tu masa lepas pergi pulau-pulau sekitar langkawi dan buat kuak lentang sket dan berenang stail ikan jaws (tangan luar permukaan air menyamar jadi sirip)  lebih kurang, aku dan kenkawan pergi ke pusat bebas cukai untuk beli buah tangan secukup rasa. Aku kengkadang respek gak dekat member-member aku yang tak bawak baju salin main redah je tengah-tengah pekan dengan seluar pendek dan  ada basah-basah sikit celah ketiak. Boleh main sweet-sweet awek lagi. Masa tengah usha-usha cokelat daim tu,sarip,member aku yang sentiasa mencuba menjadi cool,mengutarakan satu cadangan yang aku rasa cool. Main ketam. Aku pon tak ingat bila last aku terlibat dengan bidang perketaman ni.



Malam tu,lepas sampai dekat pusat penginapan aku,pagad,pijan,nasir,kamal ceo,oi dan semestinya sarip mengorak langkah. Dalam perjalan nak ke pantai yang kira-kira seratus meter tu,kami terserempak dengan Bro Fakhul dan Dr.Syam (pensyarah aku) tengah lepak-lepak depan bilik. Depa pesan jangan main jauh-jauh. Betul jugak aku fikir. Apa gila tengah-tengah malam pergi tepi pantai. Kena tarik dek penunggu laut ke mat salleh mabuk ke tak ke susah. Kalau ikan duyung ok la jugak. Boleh sweet-sweet. Oleh kerana dek darah muda yang pekat hitam,kami pergi jugak. Budak-budak indie zaman sekarang kata buat hati kering.

Aku galas kamera dan speedlight. Dapat jugak test skill lowlight aku yang semestinya belum mencapai akil baligh masa tu. Sekarang pon belom lagi. Berikut adalah kejadian yang sempat aku keraskan dalam gambar.

aku syak budak dua ekor ni ada skandal

malaun mana la tonggang buang merata-rata. tak belajar subjek sivik ke?tapi aku pon x belajar gak.

mangsa pertama

mula-mula pakai tangan je kot

nasir menunjukkan hasil tangkapan dengan hanya guna tangan

sarip berposing cool dengan ketam

lepas kena kepit baru nak beringat.pakai alatan berbentuk selipar pulak



antara ketam yang terbesar berjaya dijinakkan


ketam berjaya meloloskan diri ke  laut

acara mendera ketam


pagad?kah3























detik yang aku paling puas ialah bila selipar pagad dilarikan air laut.kah3

Comments

  1. agak2 selipar sebelah kau tu gad skang dah sampai mana?hahahah

    ReplyDelete
  2. mcm sweetttt je jejaka-jekaki nih main ngan ketam...hahahaha

    ReplyDelete
  3. hang tipu kata silent reader jah...ni da buat belog....apekes.......

    ReplyDelete
  4. memang sweet.tukang amek gambau pon sweet gak.kah3

    err..err..thanks yea sudi jengok sini. :D

    ReplyDelete
  5. ade masuk paper ke sampai taw da ade kat zimbabwe?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.