Skip to main content

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut.

Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.



Aku pusing belakang. Pagad takde kat tempat dia. aku syak dia pergi bergayut kat luar studio. Semenjak ada awek ni memang suka dia bergayut. Sekarang ni aku je yang single. Sarip pulak sekarang ni tengah rancak mengorat Kak Rok. Dia ingat budak-budak studio ni tak perasan gamaknya. Dah la kak rok tu duduk depan aku. Kak Rok pun nampak macam layan je. Sweet pulak aku tengok dorang ni. Ok la tu. sama padan. hehe

Aku bangun jengah Kak Rok kat depan. Kak rok ni buat kerja jenis laju. Cuak jugak aku. Tapi aku nampak Kak Rok tak duduk atas kerusi. Dia duduk bawah. Tepi Kak Rok tu ada beberapa orang lagi. Ada Hilman, Kak Fila, dengan Pae si tinggi. Ceh. Main uno rupanya. Pukul 3 pagi main uno tu nampak sangat la tengah down tak pun dah bosan tahap gaban hadap skrin komputer. Yang hairanya Kak Wani tak join pulak main. 

Di suatu sudut aku dengar ada suara orang gelak terkekeh-kekeh. Lah, patutlah tak main. Kalau ada Fani dengan Nana sekali dengan Kak Wani tu mesti tengah tengok running man. Kak wani  ni baru nak berjinak-jinak  dengan bidang korea-korea. Aku pergi dekat dorang. Untuk nampak up to date  aku buat-buat tanya tu episod yang mana padahal tak tengok pun. Kak Wani ajak tengok sambil ajak pegi cari karipap esok pagi. Aku hangguk. Aku hangguk yang cari karipap tu la. Apa barang tengok korea. keh3

Aku pergi pulak ke luar studio. Topek tengah gigih gosok model dia. Kalau bidang-bidang buat model ni Topek memang handal. Kalau boleh sambil tidur pun dia nak gosok model tu. Lagi pun mesti la kena tunjuk handal kalau dah awek pun satu studio ye dok? Model kena la gempak supaya nanti senang dapat kerja. Bila dah dapat kerja baru la senang dia nak pergi meminang dekat thailand tu ye dok?keh3

Dalam tengah bersembang dengan topek tu, nampak kelibat orang dari jauh. dah la pukul 3 pagi ni. Makin lama makin dekat. Baju hitam berketayap. Oh,brander rupanya. Baru balik dari cafe farouk la tu. Tangannya penuh dengan plastik makanan. Cis,terlepas lagi aku nak pesan makanan. Dari jauh aku dah bole bau char kuey teow. Ada jugak bau waffle dan jugak bau kentut. kentut? cilake topek kentut!



**************


Bau kentut tu masih lagi aku ingat walaupun hari-hari tersebut telah pun berlalu. Seronok rasanya dapat menghabiskan sebahagian hidup aku bersama kalian. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

Applied Arts and Design, batch 4, 2007-2011


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.