Skip to main content

aku,hentian pudu,dan blues selamanya(apahal la tajuk macam ni)

Hentian Pudu tu gua selalu pergi. Eh,lupa pulak bagi salam. Assalamualaikum. Tak jawab berdosa. Ok sambung balik. Aku dulu belajar dekat KL. Masa belajar tu aku cuma ada kenderaan beroda dua tidak berkuasa kuda. Untuk pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan beroda dua tidak berkuasa kuda tu adalah kerja yang memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Naik je la bas. Apa susah-susah ye dok? Kena pulak syarikat bas kegemaran aku memang kena naik dekat pudu. Bukannya tiada pilihan. Ada satu lagi stesyen bas yang aku boleh pertimbangkan iaitu stesyen bas duta. Masalahnya dekat duta ni tiada kenderaan awam yang aku boleh guna untuk sampai ke sana melainkan dengan teksi. Naik teksi ni mahal. Kalau jenis teksi yang kira lump sum tu lagilah boleh kasi aku keluarkan hikmat menyumpit peringkat dua pemeringkatan. Boleh cecah sampai tiga puluh ringgit sekali henjut. Padahal kalau naik teksi yang pakai meter tak sampai pun sepuluh ringgit.Boleh kalau aku nak lagi jimat duit, aku kena kuat semangat, dan tingkatkan stamina serta makan telur mentah pagi-pagi untuk jalan kaki pergi duta. Sebab nampak macam sedikit bengap kalau jalan kaki pergi duta, jadi aku pilih pergi pudu.

Pergi pudu ni senang sebab dari tempat aku belajar ada banyak kenderaan awam yang aku boleh henjut seperti lrt, bas dan juga kereta member. Tapi masalahnya kat pudu ni baru kat seberang jalan nak lintas pergi pintu masuk nanti mesti ada 'ulat' yang akan tanya tiket dah beli ke belum. Aku selalunya beli tiket awal-awal dan akan tolak elok-elok pelawaan mereka. Ada juga mereka ni yang bila aku tolak elok-elok membebel-bebel pulak kat aku. Aku tak tunggu lama. Kat situ jugak aku sumpit. Dalam hati.

Itu baru dekat luar, dekat dalam lagilah bersepah. Sampai satu masa tu aku kena berpura-pura ganas tetapi macho seperti the rock dalam cerita fast 5. Selalunya teknik ni sedikit berjaya. Bila masuk dalam tu nak mencari tempat duduk adalah seperti mencari semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Jika orang seperti aku yang sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen terhadap hal-hal naik bas iaitu sampai sejam awal maka sejam jugalah aku kena terus berpura-pura ganas tetapi macho seperti the rock dalam cerita fast 5 sehinggalah bas sampai. 

Walaupun dah berpura-pura ganas tetapi macho seperti the rock dalam cerita fast 5 pun tak dapat tempat duduk lagi, aku akan memilih untuk bertenggek ni tangga turun dekat platform bas tu. Bertenggek dekat situ bukanlah idea yang bernas sebenarnya. Berpura-pura ganas tetapi macho seperti the rock dalam cerita fast 5 macam mana sekali pun tak kan dapat halang asap bas yang lebih ganas dekat bawah tu. Campur lagi panas. Memang bersepah aku tengok mekap awek-awek yang cair kat lantai. Tapi tak apa, semua kesusahan terutama kesusahan berpura-pura ganas tetapi macho seperti the rock dalam cerita fast 5 terbalas bila sampai kat rumah dapat menatap wajah insan tersayang. Cewah.

Tapi itu semua DULU ya tuan-tuan dan puan-puan. Memperkenalkan pudu yang SEKARANG!atau penggunaan bahasa yang lebih tepat ialah pudu yang BAHARU!


ni baru  signage . signage dia ada lampu habaq hang.
Yeah!seperti yang semua sedia maklum, hentian pudu telah pun mengalami pengubahsuaian dan telah pun kembali beroperasi pada 16 april yang lalu. Apa yang boleh  diperkatakan tentang pudu yang baru ini adalah jauh lebih selesa berbanding pudu yang dahulu. Sebagai pengguna setia dan pelajar rekaan dalaman, perubahan yang berlaku ini adalah sangat mengujakan. Facade bangunan dia pun boleh tahan cantik dan yang paling penting ialah 'space planning' atau pun susun atur ruang yang tampak praktikal dan bersesuaian dengan jumlah pengunjungnya yang ramai terutama sekali masa musim raya-raya berbanding suatu ketika dahulu.

Kalau dulu masa pertama kali aku masuk sini nak cari toilet adalah ibarat mencari peti besi duit yang disorokkan didalam dinding dan dilindungi lukisan, atau dalam bahasa mudah,susah nak cari. Isu itu mungkin tidak wujud lagi kerana salah satu elemen dalam mereka bentuk ruang untuk orang awam (public space) iaitu signage yang proper, tidak juga diabaikan di tempat ni. Untuk memudahkan lagi para pengguna, skrin lcd yang menunjukkan jadual perlepasan dan ketibaan bas juga disediakan. Lagi apa ya? oh, ruang menunggu di hentian pudu adalah dilengkapi dengan penghawa dingin. Jadi,jika anda memasang niat untuk melihat mekap awek-awek yang cair bertaburan di atas lantai, dinasihatkan agar menyimpan saja niat itu.


Amacam, tampak lebih menjanjikan bukan. Walaupun beberapa perkara dari bahasa rekabentuknya menimpulkan tanda soal, sekurang-kurangnya orang kebanyakan seperti aku dapat jugak merasai keselesaan ketika menunggu bas walaupun lepas tu harus duduk di dalam bas yang kerusinya lembut macam papan dan duduk dekat sebelah orang yang tidur berdengkur.

abang ini agaknya memang selesa benor sampai tertido tu ha. 

p/s : aku tau ramai orang dah review dulu dah pasal ni. Dalam paper pun banyak. Tapi ini adalah review hasil penulisan dari seorang yang ganas tetapi macho seperti the rock dalam cerita fast 5.kehkehkeh

Comments

  1. hihi kenapa kelakar sangat ni. :D btw best gila gambar & review. thumbs up! sepp sikit! :D (eh?)

    ReplyDelete
  2. ini..ini sangat nice~ terasa macam nak melukis komik sambil berbaring lak kat situ.

    ReplyDelete
  3. mai - yeah!thanks mai jengah sini.sepp2!

    aman - kan~nampak cam luas kan.btw memang ada tempat lukis2.dia buat cam galeri. karikatur kot, dia buat macam kt cm.

    ReplyDelete
  4. apa hang mengarut ni setan...bawak2 la tidoq 4-5 hari~ ikhlas dari aswad, zulkapan, gjie.

    ReplyDelete
  5. kah3.3 orang sekali one shot.hampa rindu aku ka?haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.