Skip to main content

selamat hari abah-abah

Di suatu petang yang indah ketika tahun 2004,aku dan abah aku pergi ke pekan Kulim. Pergi untuk beli barang keperluan kalau tak salah. Pergi ke pekan Kulim mengambil masa lebih kurang setengah jam dari rumah aku. Di pekan Kulim masa tu masih lagi tiada pusat membeli belah. Ada supermarket je. Tesco dengan Giant tak naik lagi masa tu. Yang ada cuma supermarket yawata, nola dan the store. Antara ketiga-tiga supermarket ni, the store nampak power sikit sebab ada eskalator. Tapi eskalator yang disediakan untuk naik je. Turun kena menapak jugak. 

Sesuai dengan abah aku yang power, mesti la dia pilih untuk pergi tempat yang power. The Store ni ada 5 tingkat  kalau xsalah aku. Tingkat pertama jual barang keperluan harian seperti minyak rambut tencho dan juga susu fernleaf. Tingkat kedua menjual pakaian baby dan kanak-kanak, tingkat ketiga jual pakaian wanita, tingkat keempat jual pakaian lelaki dan tingkat tertinggi jual alatan-alatan tulis, pejabat dan juga pinggan mangkuk untuk buat hadiah orang kahwin-kahwin.

Dalam banyak-banyak tingkat dalam supermarket ni, aku suka pergi tingkat 3. Kat tingkat 3 depan eskalator ni ada satu tempat jual kaset-kaset. Kebiasaannya aku pergi kedai kaset dekat Yawata. Memandangkan hari ni abah aku pergi The Store, jadi tengok je la kat situ. Kebetulan masa tu, Butterfingers baru je keluar album baru mereka berjudul kembali. Sebagai remaja yang baru berjinak-jinak dengar muzik yang lain alirannya dari media massa, atau pun istilah yang lebih tepat, budak baru nak up (#bbnu) walaupun rambut masih belah tengah, aku jadi teruja nak beli. 

Aku keluarkan dompet aku yang ada gambar kepala alien. Memandangkan aku belum bekerja maka duit aku adalah terhad masa tu. Duit belanja sekolah abah aku bagi bukannya reti nak jimat. Tak kan nak buat pinjaman bank ye dok? Oleh kerana tak cukup duit,aku macam nak kensel beli kaset tu. Tapi oleh kerana semangat  budak baru nak up walaupun rambut masih belah tengah mengatasi segalanya, aku nekad mintak kat abah aku.

Aku masa tu cuak sikit kalau nak mintak benda bukan-bukan kat abah aku ni. Tapi oleh kerana semangat budak baru nak up walaupun rambut masih belah tengah mengatasi segalanya, aku cakap gak kat abah aku. Dapat. Agaknya sebab aku buat muka comel sambil terkinja-kinja kot. kehkehkeh. Dan sebagai budak baru nak up walaupun rambut masih belah tengah, aku rasa terharu. Aku cakap terima kasih dan abah aku senyum simpul. 

Sebagai budak baru nak up walaupun rambut masih belah tengah, aku jadi tak sabar-sabar nak dengar kaset tu. Masuk je dalam kereta aku terus pasang. Masa tu kereta dulu-dulu ada lagi kaset player. Oleh kerana aku gelojoh, aku terpasang belah side B dulu. Maka dengan itu keluar la lagu tentang-tentang, track terakhir album tu.

"bukak radio di pagi hari,malam hari sama sahaja....."

tiba-tiba dengar suara sebelah aku. 

"lagu apa ni?macam orang mabuk ja"


***********************************************

p/s : selamat hari bapa kepada abah saya Abd Razak b Saad. Semoga sentiasa dibawah payungan rahmat-Nya dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Comments

  1. ingat plak ko kat tingkat satu jual susu fernleaf.. hahaha~

    lepas ni... aku tak sabar nak dengar cerita pasal ko jadi ayah kepada budak baru nak up walaupun rambut masih belah tengah pulak...

    hahaha... selamat hari abah!

    ReplyDelete
  2. memang tingkat tu je jual susu-susu ni kd.haha

    nanti dah ada anak aku nak delete blog ni.xnak bg dorang baca.haha

    selamat hari abah jugak kd :)

    ReplyDelete
  3. ko ckp "tingkat ketiga jual pakaian wanita"..pstu ko ckp "aku suka pergi tingkat 3"..OMG!! ko suka gi tingkat ke-3 khai?? cover ckp dpn eskelator ada kedai kaset kens..kahkahkah %-D

    ReplyDelete
  4. kahkahkah.bongok!jangan risau,aku tak pervertlah ngek.haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut. Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

zomba di dalam (zombie inside)

jangan risau.ini zomba jinak dan tak makan budak.